Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Gema Selawat Rahmati Cameron Highlands

By 4 Oktober 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Arief/Pejabat Agama Islam Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS, 4 Okt (Malaysiaaktif) – Suasana pagi yang tenang di Cameron Highlands sebelum ini, bergema dengan alunan selawat dan pujian kepada Rasulullah SAW pada hari ini bersempena Karnival Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Cameron Highlands 1445H bagi tahun 2023.

Al-Fadhil Qadhi Cameron Highlands Haji Mohd Khalil Mohd Zari Al-Hafiz, 46, berkata Karnival Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Cameron Highlands ini akan berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

“Acara hari ini dimulakan dengan selawat dan perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1445H sebagai tanda kasih sayang kepada Nabi Muhammad SAW yang bermula dari tapak pasar pagi Tanah Rata melalui jalan utama sehinggalah ke Masjid Abu Bakar.

“Seramai 700 peserta daripada 36 kontinjen terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan anak-anak tadika di sekitar Tanah Rata dianggarkan terlibat dengan perarakan ini,” katanya.

Ujarnya lagi, pelbagai aktiviti dan program yang dirangka bagi memeriahkan carnival pada tahun ini antaranya persembahan qasidah, Ceramah Perdana Maulidur Rasul dan Forum Perdana Muqarrobin Usrati.

“Bukan itu sahaja, pelbagai aktiviti riadah juga diadakan seperti sepak penalti, timbang bola takraw dan macam-macam lagi terutamanya dalam menarik minat dan penyertaan golongan belia,” ujarnya yang turut mengetuai bacaan selawat dan perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1445H Daerah Cameron Highlands pagi tadi.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Pahang Mohd Fadzli Mat Saman.

-ZS-

Tinggalkan komen anda