Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Jambatan Besi Beri Manfaat kepada Penduduk

By 5 Oktober 2023Oktober 26th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SELAYANG, 5 Okt (Malaysiaaktif) – Lebih 8,000 penduduk sekitar Taman Prima Selayang, di sini mendapat manfaat apabila sebuah jambatan besi telah siap dibina menggantikan jambatan lama yang telah uzur.

Seorang penduduk, Shamimi Mohanan, 38, berkata beliau rasa gembira kerana jambatan berkenaan lebih selamat untuk digunakan berbanding jambatan lama.

“Sebelum ini timbul kerisauan kerana jambatan lama telah uzur dan bergoyang ketika melaluinya.

“Jambatan ini juga dilengkapi lampu jalan, rasa lebih selamat apabila laluan diterangi cahaya lampu di waktu malam,” katanya yang merupakan seorang suri rumah.

Sementara itu Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen memaklumkan jambatan pejalan kaki bernilai hampir RM200,000 itu berjaya disiapkan lebih awal daripada jangkaan.

“Jambatan ini bakal memberi manfaat kepada penduduk Taman Prima Selayang khususnya pelajar untuk ke sekolah yang terletak di seberang sungai ini.

“Pelaksanaan projek berjalan lancar dan mengikut peruntukan yang disalurkan menerusi Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU), Jabatan Perdana Menteri,” katanya ketika ditemui selepas membuat tinjauan di lokasi hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer Anfaal Saari yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

-ZS-

Tinggalkan komen anda