Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Konvokesyen PHT ke-9 di Kampus Baharu Memberi Gambaran Positif kepada Masyarakat

By 30 Oktober 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Maznah Ngah/Nurul Ilyani Abdullah (Terengganu)

HULU TERENGGANU, 30 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 146 graduan diraikan penuh gemilang pada satu sidang Majlis Konvokesyen Politeknik Hulu Trengganu ke-9 di Dewan Batu Bersurat, Politeknik Hulu Terengganu (PHT), hari ini.

Pengarah PHT Haji Azahan Haji Daud, berkata konvokesyen yang diadakan di kampus baharu ini diharap dapat memberi suatu gambaran yang lebih positif kepada golongan masyarakat sekeliling tentang kepentingan kewujudan pusat pengajian di kawasan berkenaan.

“Ini mampu menarik lebih ramai pelajar lepasan sekolah untuk mengikuti program di politeknik dan menjadikannya antara institusi pilihan utama untuk menuntut ilmu, khususnya masyarakat sekitar,” katanya.

Seramai 93 daripada graduan Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti dan 53 graduan Jabatan Perdagangan menerima diploma untuk sesi I 2021/2022 hingga sesi II 2022/2023.

“PHT merupakan institusi yang diberi pengiktirafan persijilan MS ISO 9001:2015  membuktikan bahawa PHT menawarkan perkhidmatan yang mencapai piawaian standard dan berkualiti, berpaksikan tema konvokesyen pada kali ini, ‘Graduan TVET Sinergi Pemacu Pembangunan Negara’, melonjakkan PHT menjadi sebuah institusi penyedia pendidikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang melahirkan graduan berkualiti.

“Berkolaborasi bersama lebih 47 rakan industri dan agensi kerajaan serta swasta dengan jalinan Sijil Pematuhan (COC) terus diperkukuhkan. Pihak industri antara lain berperanan menjadikan kurikulum program pengajian yang ditawarkan sentiasa relevan dari semasa ke semasa dan mengikuti kehendak industry,” katanya.

Anugerah Pengarah turut diberikan kepada empat graduan cemerlang PHT iaitu Fatin Syazwani Ismail (Sesi I 2021/2022), Nur Ismie Mohammed Iskandar (Sesi II 2021/2022), Muhammad Izrie Roslan (Sesi I 2022/2023(dan Siti Zawani Zakaria (Sesi II 2022/2023).

-ZS-

Tinggalkan komen anda