
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah
KANGAR, 31 Okt (Malaysiaaktif) – Negeri Perlis bukan sahaja mempunyai banyak tempat-tempat menarik bagi agropelancongan, tetapi Perlis juga turut mempunyai daya tarikan yang lain.
Selain restoran dengan menu ikan bakar yang sering menjadi tumpuan, negeri Perlis juga turut terkenal dengan restoran nasi ‘kandaq’ (kandar).
Menerusi tinjauan krew Malaysia Aktif melalui pengikut di media sosial, mendapati ada beberapa restoran nasi kandar yang mendapat tumpuan masyarakat di negeri Perlis antara lima yang menjadi tumpuan adalah Restoran Malabari, Restoran Hameed Nasi Kandar, Mydin Nasi Kandar, Restoran Sheikh Caterer, Nasi Kandar Melayu (Tabung Haji Seriab).
Salah seorang peminat nasi kandar Noor Shafina Ahmad, 36, berkata walaupun Pulau Pinang tersohor dengan nasi kandar namun Perlis juga sebenarnya mempunyai keunikan masakan nasi kandar yang tersendiri.
“Nasi kandar negeri Perlis lebih pedas dan nasinya berwarna kuning serta mempunyai rempah-ratus yang tersendiri.
-ZS-