Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Pelepasan Benih Ikan dan Udang Jamin Kelestarian Sungai Kerian

By 25 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mawarni Ismail (Kerian)/Mohd Zarol Hisham Mohd Kadir

PARIT BUNTAR, 25 Okt (Malaysiaaktif) – Sebanyak 12,500 ekor benih ikan baung bersaiz tiga inci dan 43,000 ekor benih udang galah dilepaskan di Sungai Kerian, Kampung Dennistown di sini pada Isnin sempena Program Pelepasan Benih Ikan ke Perairan Umum Negeri Perak 2023.

Penghulu Mukim Parit Buntar (Selatan) Mohd Zarol Hisham Mohd Kadir, berkata program anjuran Jabatan Perikanan Negeri Perak ini dilaksanakan sebagai inisiatif jabatan dalam memulihara, meningkat dan menjamin kelestarian sumber perikanan di sungai-sungai tempatan.

“Saya berharap agar nelayan darat dan masyarakat setempat dapat memanfaatkan kekayaan sumber perikanan ini dengan lebih bertanggungjawab kerana setiap kerosakan akan mengganggu ekosistem dan menyebabkan kepupusan ikan pada masa akan datang,” ujarnya ketika merasmikan program.

Turut hadir Ketua Daerah Perikanan Kerian M.Sahiburrahman Ahmad dan Ketua Komuniti Kampung Dennistown Zulkifly Abdullah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda