Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

‘Scammer’ Perosak Masa Hadapan

By 31 Oktober 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shaik Mohamad Fikri Shaik Ismail (Setiu)

SETIU, 31 Okt (Malaysiaaktif) – Penipu atau ‘scammer’ kini boleh dilabelkan sebagai sampah atau dianggap sebagai perosak masa hadapan masyarakat

“Berdasarkan analisa, modus operandi ‘scammer’ terbahagi kepada tiga kategori utama iaitu pertama melalui telefon atau ‘Macau Scam’ di mana ‘scammer’ menyamar sebagai pihak berkuasa seterusnya memperdaya mangsa, kedua melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan ketiga melalui media sosial seperti aplikasi Facebook, Whatsapp dan Telegram.

Pegawai Jabatan Komunikasi dan Kawal Selia Postal, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Muhammad Fuad Othman, berkata demikian dalam Sesi ‘Townhall Discussion : Scammer Rosok Mase Depang’ bersama Polis Kontinjen Terengganu di Dewan Pejabat Pendidikan Daerah Setiu, Taman Putera Jaya, di sini semalam.

“Orang ramai boleh menghubungi National Scam Response Center (NSRC) melalui talian 997 jika menjadi mangsa penipuan dalam talian ataupun ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai jenayah komersil,” katanya.

Program yang dirasmikan oleh Ketua Polis Terengganu DCP Datuk Mazli Mazlan dikendalikan oleh moderator DSP Muhammad Haikal Henry Abdullah dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPK Terengganu ASP Noorshahiram Adam, turut menyampaikan ceramah berkaitan ancaman scammer.

Menurut pelajar Kolej Universiti Bestari, Fatih Najmi Shuib, 21, beliau melahirkan rasa gembira dapat menyertai sesi dialog awam ini.

“Saya teruja kerana memdapat banyak maklumat terutama cara terkini ‘scammer’ beroperasi dan seterusnya dapat mencegah daripada menjadi mangsa penipuan,” katanya.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Setiu DSP Affandi Hussin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda