Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sektor Kesihatan, Pendidikan Terus dapat Tumpuan

By 2 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Mohammad Ezwandi (Perak)

IPOH, 2 Okt (Malaysiaaktif) – Sektor kesihatan dan pendidikan akan terus jadi keutamaan serta menerima peruntukan besar di dalam Belanjawan 2024.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kedua-dua sektor tersebut mendapat peruntukan terbesar berbanding kementerian lain seperti mana belanjawan sebelum ini.

“Tumpuan akan diberikan kepada usaha membina dan menyiapkan klinik kesihatan, klinik desa serta hospital-hospital kerajaan.”

“Isu kesihatan terutama klinik akan diberi keutamaan termasuk masalah kesesakan di hospital kerajaan. Masalah ini telah lama dihadapi namun mungkin kerana tindakan itu tidak pantas dan peruntukan tidak cukup maka masalah tersebut menjadi rumit seperti sekarang,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika melancarkan Skim Perubatan Madani dan Program Madani Afiat Peringkat Kebangsaan 2023 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, di sini semalam.

“Justeru, saya telah memastikan dengan perbincangan bersama jemaah menteri dan pegawai di Kementerian Kewangan bahawa kita akan memfokuskan kepada kemudahan kesihatan ini,” ujarnya.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa.

-ZS-

Tinggalkan komen anda