
Laporan/foto: Haziqah Nabilah Zainon/Firdaus Akasyah Othman (Kerian)
BAGAN SERAI, 9 Nov (Malaysiaaktif) – Seramai 51 ketua kampung bagi Parlimen Bagan Serai menerima watikah pelantikan dalam Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Daerah Kerian Tahun 2023 di Dewan JKR Bagan Serai, di sini semalam.
Menurut Pegawai Daerah Kerian Mohd Sabli Bakri, peranan ketua kampung amat berat kerana mereka bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat.
“Tugas ketua kampung mungkin kelihatan kecil dan mudah namun beban dan tanggungjawab yang digalas mampu menjamin ketenteraman dan keselamatan kampung.
“Mereka juga merupakan ejen yang menghubungkan masyarakat setempat dengan jabatan kerajaan melalui program khidmat masyarakat,” katanya.
Beliau turut melahirkan keyakinan terhadap kepimpinan baru dan berharap agar ketua kampung yang baru dilantik ini dapat menabur bakti serta berkerjasama dalam meringankan kerja-kerja penghulu mukim.
-ZS-