Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Perak Tengah Tingkat Persediaan dan Koordinasi antara Agensi Hadapi Bencana

By 1 November 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ikhwan Nasrin Khairudin/Hasbella Hasim (Perak Tengah)

PARIT, 1 Nov (Malaysiaaktif) – Seramai lebih 100 orang petugas dan sekarelawan bencana menghadiri program Latihan Simulasi Pengurusan Bencana Banjir Peringkat Daerah Perak Tengah yang dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Simpang Tiga, di sini baru-baru ini bagi meningkatkan persediaan setiap agensi penyelamat dan bantuan bencana.

Program anjuran Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Perak Tengah itu bertujuan untuk melancarkan perancangan koordinasi, pelan tindakan serta respon tindak balas yang dapat menyumbang kepada risiko kehilangan nyawa selain kerosakan dan kemusnahan harta benda.

Pegawai Kanan Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah Inspektor Mohd Fuad Abd Razak berkata program ini dilaksanakan bagi memantapkan persediaan dan kesiapsiagaan semua kakitangan jabatan dan agensi terlibat.

“Saya percaya ini merupakan langkah terbaik untuk kita membuat persediaan menghadapi bencana banjir yang mungkin tiba terutamanya pada musim tengkujuh setiap hujung tahun.

“Secara keseluruhannya, program ini dapat membantu usaha berterusan agensi pengurusan bencana di pelbagai peringkat dalam memenuhi mandat mereka untuk membina daya tahan komuniti terhadap bencana terutamanya bencana banjir,” ujarnya.

Turut hadir Pegawai Daerah Perak Tengah Mohd Zaki Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah DSP Mohd Uzir Ismail.

-ZS-

Tinggalkan komen anda