
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah
KANGAR, 22 Nov (Malaysiaaktif) – Tinjauan Krew Malaysia Aktif sekitar Bazar Arked Mara Kangar mendapati pembayaran tanpa tunai menggunakan QR Pay semakin meluas.
Tinjauan mendapati hampir 90 peratus peniaga telah menggunakan kaedah pembayaran yang hanya memerlukan peniaga mempunyai perbankan secara dalam talian.
“Pada era digital kini, urusan secara dalam talian adalah sangat memudahkan terutama bagi kami pekerja di kiosk-kiosk tidak pening kepala mencari wang kecil,” ujar pekerja kiosk di tersebut Amira Najihah, 25.
Menurut seorang pelajar pelatih Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah Perlis Nur Solehah Ibrahim, 23, ketika ditemui, berkata pengunaan kaedah tersebut memudahkan dan mempercepatkan urusan pembelian.
“Pembeli hanya perlu membawa telefon bimbit sahaja,” katanya.
Katanya lagi, dalam membantu meningkatkan ekonomi peniaga tempatan, pembayaran tanpa tunai seperti QR Pay ini dilihat sebagai cara yang memudahkan para peniaga.
-ZS-