
Laporan/foto: Amiruddin Ishak/Shuhaimi Ahmad (Terengganu)
KUALA NERUS, 31 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 18,494 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 menduduki peperiksaan bertulis di 167 pusat peperiksaan di seluruh Terengganu bermula semalam sehingga 7 Mac depan.
Tinjauan di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA), mendapati ramai ibu bapa turut hadir mengiringi anak-anak mereka ke dewan peperiksaan sebagai tanda sokongan serta memberi semangat untuk menduduki peperiksaan tersebut.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Jelani Sulong, berkata beliau berharap peperiksaan SPM 2023 di negeri ini berjalan lancar meskipun banjir gelombang keempat melanda beberapa daerah sejak Selasa lalu.
Beliau ditemui pemberita selepas meninjau hari pertama peperiksaan bertulis SPM 2023 di SESMA, di sini semalam.
-ZS-