Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Agong Berkenan Rasmikan Pemasyhuran Lipis sebagai Geopark Kebangsaan

By 19 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa/Pejabat Menteri Besar Pahang (Pahang)

LIPIS, 19 Jan (Malaysiaaktif) – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Pemasyhuran Lipis Sebagai Geopark Kebangsaan, di sini semalam.

Baginda bertitah dan mengucapkan tahniah atas kejayaan Kerajaan Negeri Pahang mengusahakan geopark seperti ini.

“Saya ingin mengingatkan Kerajaan Negeri untuk mengutamakan kelestarian alam dalam melaksanakan pembangunan di negeri ini,” titah baginda.

Titah baginda lagi, Pahang adalah sebuah negeri yang besar, mempunyai banyak tempat yang menjadi tarikan seperti bukit-bukit dan pulau yang cantik serta kawasan taman-taman yang boleh dibanggakan.

“Tapi saya harap jaga hasil khazanah alam sekitar sehingga ke anak cucu dalam pelaksanaan pembangunan di negeri ini,” titah baginda.

Baginda turut bertitah untuk mengadakan lawatan ke setiap daerah di negeri setelah keberangkatan pulang nanti untuk memastikan pembangunan di bandar dirancang secara lestari dan juga mementingkan aspek kebersihan.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, dan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Huang Tiong Sii.

-ZS-

Tinggalkan komen anda