
Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal/Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Daerah
JOHOR BAHRU, 6 Jan (Malaysiaaktif) – Bilangan mangsa banjir di daerah Johor Bahru telah menurun petang semalam berbanding sebelah pada pagi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri Johor Tan Sri Dr. Azmi Rohani, berkata setakat pujul 2.00 petang semalam mangsa banjir yang terlibat berkurangan kepada 359 penduduk melibatkan 91 keluarga yang dipindahkan di tiga PPS yang dibuka di Tebrau.
“Paras air di Sungai Tiram juga masih berada di paras amaran manakala cuaca di Johor Bahru mula cerah dan adakalanya hujan serta mendung.
“Setakat ini, tiada laluan ditutup kepada semua kenderaan di Johor Bahru akibat banjir,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor Dato’ On Jabar@Jaafar dan Ahli Parlimen Tebrau Jimmy Puah Wee Tse hadir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa yang terjejas banjir.
MetMalaysia dalam kenyataan memberikan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk membabitkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru sehingga 7 Januari 2024.
-ZS-