Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Muzium Pendidikan Nasional Simpan Sejarah Pendidikan Negara

By 30 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Kartini Abd Aziz/Mohd Hafiz Abdullah (Muallim)

TANJONG MALIM, 30 Jan (Malaysiaaktif) – Muzium Pendidikan Nasional yang terletak di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memaparkan sejarah perkembangan pendidikan di Malaysia. Bangunan yang menempatkan 21 galeri merupakan pusat pentadbiran asal institusi pendidikan ini yang dahulunya dikenali sebagai Sultan Idris Training College (SITC).

Menurut petugas muzium, Nur Shahirah Hanim Zulkifli, 28, pelbagai aktiviti menarik dijalankan bagi menarik minat masyarakat terutama golongan muda untuk berkunjung ke muzium.

“Program ‘Night at Museum’ misalnya memberi peluang kepada peserta untuk merasai pengalaman bermalam di muzium. Selain itu, pihak muzium turut mengadakan Pasar Budaya pada setiap hari Sabtu minggu keempat yang mana jualan barangan antik diadakan.

“Muzium ini penting bagi memberi maklumat kepada masyarakat berkaitan sistem pendidikan di negara ini lebih-lebih lagi lokasinya yang terletak di institusi pendidikan tinggi terkemuka di Malaysia yang telah bertapak lebih 100 tahun,” ujarnya ketika ditemui, pagi tadi.

Antara galeri yang boleh dilawati di muzium ini termasuklah Galeri Pendidikan Awal di Malaysia, Galeri Sekolah-sekolah Terawal di Malaysia dan Galeri Zainal Abidin Ahmad yang lebih dikenali sebagai Pendeta Za’ba, tokoh pendidikan negara.

-ZS-

Tinggalkan komen anda