Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

PADU Turun Padang Mudahkan Urusan Pendaftaran

By 29 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan/Fariza Farnoh

AYER KEROH, 29 (Malaysiaaktif) – Pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dipergiatkan dengan pembukaan kaunter fizikal di Program Jiwa MADANI di Kampung Sungai Putat, di sini Sabtu lalu.

Menurut Pesara Polis Ali Mat Lazi, pendaftaran PADU ini penting bagi rakyat agar data yang diperolehi ini dapat diguna kerajaan bagi menyalurkan bantuan dan subsidi tepat kepada golongan sasar.

“Saya menyeru kepada rakyat negeri Melaka agar memdaftar PADU secepat mungkin kerana tarikh akhir pendaftaran pada 31 Mac ini.

“Selain kaunter fizikal seperti hari, kita juga boleh ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang berhampiran,” ujarnya.

Selain itu, Program Jiwa MADANI turut menganjurkan Jualan Agro MADANI dan  Kenduri Rakyat sempena lawatan Menteri Komunikasi ke Negeri Melaka.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli Abd Halim, Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda