Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Projek Tebatan Banjir Kota Tinggi Disegerakan

By 10 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Al-Tarmizi Azmi/Shahqrul Azim Shaari

KOTA TINGGI, 10 Jan (Malaysiaaktif) – Projek tebatan banjir Sungai Johor, Kota Tinggi bernilai RM760 juta yang dijadualkan siap pada tahun 2030 diarahkan untuk disiapkan tiga tahun lebih awal.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata projek ini akan mengurangkan risiko banjir di daerah Kota Tinggi.

‘’Kerajaan Negeri meminta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan kontraktor terlibat perlu menyegerakan penyiapan projek ini pada tahun 2027.

‘’Kerajaan juga akan mempertimbangkan untuk projek tebatan banjir yang sama di Sungai Sedili Besar bagi mengurangkan risiko banjir di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat tinjauan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Taman Kota Jaya, di sini semalam.

Dalam lawatan tersebut Zahid turut menyerahkan kit bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Kerajaan Johor Tan Sri Azmi Rohani serta Pegawai Daerah Kota Tinggi Ahmad Nazir Mohd Nasir.

-ZS-

Tinggalkan komen anda