
Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam/Amirul Azim Othman (Melaka Tengah)
MELAKA, 11 Mac (Malaysiaaktif) – Pembinaan Masjid Pulau Besar bakal menjadi mercu tanda baharu pelancongan berasaskan Islam di Negeri Melaka sesuai dengan status sejarah yang pernah menjadi pusat penyebaran Islam nusantara suatu ketika dahulu.
Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Rosli Abdullah, pembinaan ini dijangka mampu memuatkan sehingga 1500 orang selain turut dilengkapi dengan komponen yang mampu memberi keselesaan kepada para jemaah.
“Sehingga kini, jumlah dana saham wakaf masjid telah terkumpul hasil sumbangan pelbagai agensi, syarikat korporat dan swasta serta orang perseorangan berjumlah RM1.6 juta yang mana peruntukan daripada sumbangan ini diuruskan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
“Tahniah kepada penyumbang-penyumbang saham wakaf yang mana telah menginfaqkan harta mengikut kemampuan selain dapat mendidik sikap kerjasama berkonsepkan semangat gotong – royong, ” ujar beliau semasa ucapan penghargaan dalam Majlis Makan Malam Amal Pengumpulan Saham Wakaf Pembinaan Masjid Pulau Besar bertempat di Restoran Chan Mari Chan, di sini kelmarin.
-ZS-