
Laporan/foto: Muhammad Fitri Halim (Bera)
BERA, 13 Apr (Malaysiaaktif) – Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guai Datuk Sabariah Saidan disambut meriah oleh penduduk setempat.
Sabariah ketika ditemui hari ini, berkata sambutan rumah terbukanya mendapat sambutan di luar jangkaan dan meriah dengan kehadiran masyarakat daripada pelbagai bangsa dan kaum.
“Terima kasih kepada semua yang hadir di majlis rumah terbuka ini dan sambutan yang meriah ini juga membuktikan bahawa masyarakat kita masih berpegang teguh kepada amalan kunjung-mengunjung dan ikatan silaturahim yang kuat,” ujarnya.
Kira-kira 4,000 pengunjung hadir ke majlis tersebut yang turut diserikan dengan pelbagai persembahan artis jemputan seperti Roslan Madun dan beberapa artis jemputan lain.
Turut hadir bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.
-ZS-