
Laporan/foto: Ainsyah Hamid/Firdaus Rashid (Barat Daya)
BALIK PULAU, 27 Mei (Malaysiaaktif) – Konvoi Jelajah Balik Pulau yang berlangsung semalam meriah dengan kehadiran 50 buah motosikal belia yang memulakan perjalanan dari Bayan Lepas melalui Pulau Betong sebelum berakhir di Teluk Bahang.

Peserta konvoi tidak melepaskan peluang mengambil risalah terbitan Jabatan Penerangan.
Acara dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang sempena sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang.
Menurut Mohammad Azlan, 30, konvoi seperti ini perlu diteruskan bagi menarik minat belia dalam aktiviti kemasyarakatan dan sosial.
“Program seperti ini bukan sahaja menyemarakkan semangat belia, tetapi juga mampu mempererat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat,” katanya.
-ZS-