Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Basmi Aedes Cegah Denggi

By 27 Mei 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto : Nasrul Abdul Hamid (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 26 Mei (Malaysiaaktif) – Demam denggi adalah sejenis penyakit merbahaya yang disebabkan oleh virus denggi melalui gigitan nyamuk Aedes.

Antara penduduk Perumahan Rakyat Desa Mutiara yang hadir

Pengerusi Communication for Behavioural Impact (COMBI) Negeri Johor, Zahrin Saniman, berkata penyakit ini tiada ubat khusus untuk merawat bagi mereka yang dijangkiti.

“Sehingga kini tiada vaksin yang dapat dicipta untuk mencegah penyakit denggi. Kaedah yang paling berkesan untuk menjauhkan penyakit ini adalah dengan mengawal pembiakan nyamuk Aedes yang menjadi pembawa virus denggi.

“Selain itu, bagi mereka yang didapati membiakkan nyamuk Aedes di kawasan persekitaran tempat tinggal, boleh di denda di bawah Akta Pemansuhan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan boleh dikenakan kompaun serta-merta tidak melebihi RM100 tanpa amaran,” katanya ketika menyampaikan taklimat denggi di Program Gotong-royong Perdana anjuran KRT Perumahan Rakyat Desa Mutiara.

Petugas COMBI memberi penjelasan berkaitan pembasmian nyamuk Aedes

Zahrin juga menyeru semua lapisan masyarakat untuk meluangkan masa sekitar 10 minit dalam seminggu untuk membersihkan kawasan persekitaran rumah masing-masing.

Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Zon Dato Onn/ Kangkar Tebrau, Siti Khairunnisa Ruslan.

-AA-

Tinggalkan komen anda