Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Belia perlu Sentiasa Mengekalkan Nikmat Perpaduan

By 16 Mei 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pekan

PEKAN, 16 Mei (Malaysiaaktif) – Golongan belia berperanan penting dalam memupuk semangat perpaduan kaum dan meraikan perbezaan tanpa sebarang jurang antara etnik dan kepercayaan agama.

Pelancaran Sambutan Hari Belia Negara Daerah Pekan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Chini Mohd Sharim Haji Md Zin, berkata belia perlu sentiasa mengekalkan perpaduan yang sedia ada dan sentiasa aktif dalam segala kegiatan belia.

“Saya juga juga menasihatkan agar para belia menjauhkan diri daripada terjerumus ke kancah najis dadah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian di Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Pekan di Institut Kemahiran Belia Negara yang bertemakan ‘Yakin Boleh’, di sini semalam.

Peserta acara futsal.

Program yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti memanah, senamrobik, penerokaan dan persembahan robotik ini diadakan bagi mengiktiraf individu dan organisasi belia yang telah memberikan sumbangan besar kepada pembangunan belia dalam daerah ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda