Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Belukang Seberat 600 Gram Bawa Tuah kepada Rizuan

By 25 Mei 2024Mei 28th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nooremmyza Rawat (Sepang)

SEPANG, 25 Mei (Malaysiaaktif) – Siapa sangka belukang seberat 600 gram membawa tuah kepada salah seorang peserta yang menyertai pertandingan memancing anjuran Komuniti Madani Kampung Orang Asli Tanjung Sepat di Pantai Cunang, di sini kelmarin.

Nasir (tengah) menyampaikan hadiah kepada Rizuan (kiri) yang berjaya membawa pulang RM500.

Rizuan Azuan, 28, telah berjaya merangkul hadiah utama apabila dinobatkan sebagai juara, memperolehi timbangan ikan paling berat iaitu 600 gram mengalahkan peserta yang lain.

Menurut Rizuan kemenangan berkenaan adalah yang pertama selepas beberapa kali menyertai pertandingan memancing di sekitar kawasan tersebut.

“Sebelum ini saya selalu memancing dan menyertai pertandingan, namun nasib tidak menyebelahi saya” katanya.

Antara peserta yang menyertai pertandingan memancing anjuan Komuniti Madani KOA Tanjung Sepat.

Pertandingan ini telah menawarkan hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM500 diikuti tempat kedua RM300, ketiga RM100 dan tujuh hadiah saguhati.

Menurut Tok Batin Kampung Orang Asli Tanjung Sepat, Nasir Minjin, 66, program seumpama ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang kerana ia merupakan satu pendekatan yang baik bagi membina semangat perpaduan di antara penduduk kampung di samping Komuniti Madani berperanan sebagai agen perubahan masyarakat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda