Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

FELCRA Bina Loji Janakuasa Biogas Terbesar di Malaysia

By 18 Mei 2024Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azrul Azham/Sh. Nurul

JERANTUT, 18 Mei (Malaysiaaktif) – FELCRA Berhad (FELCRA) merancakkan landskap pembangunan luar bandar melalui pembinaan Projek Loji Janakuasa Biogas (Efluen Sawit) Grid Bersambung Terbesar di Malaysia dengan kapasiti 5.5-megawatt (MW) yang mula beroperasi sepenuhnya pada 11 April lalu di Kilang Sawit FELCRA Jayaputra, di sini.

Dengan kapasiti 5.5 MW, loji janakuasa biogas ini mampu membekalkan tenaga elektrik kepada hampir 14,000 rumah atau kira-kira 70,000 orang penduduk luar bandar yang bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi.

Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah menerusi FELCRA akan terus memperkenalkan inisiatif khusus untuk masyarakat desa selain komited memperkasakan keupayaan fasiliti sedia ada.

Inisiatif ini bertepatan dengan Aspirasi Desa Madani yang diperkenalkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara.

Loji janakuasa biogas (efluen sawit) grid bersambung terbesar di Malaysia ini, yang telah mendapat pengiktrafan oleh Malaysia Book of Record merupakan kejayaan hasil kerjasama strategik antara FELCRA Berhad, Felcra Jayaputra Sdn Bhd dan Cenergi SEA Berhad (Cenergi) anak syarikat UEM Group Berhad.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, berkata penerokaan sumber tenaga boleh diperbaharui melalui projek biogas daripada sisa akhir efluen kelapa sawit (POME) ini merupakan inisiatif strategik bagi memastikan negara terus memperolehi sumber tenaga elektrik secara berterusan di samping menjamin kelestarian alam sekitar.

Ketua Pegawai Operasi Malaysia Book of Records Jwan Heah menyampaikan sijil pengiktirafan Kilang Loji Biogas Terbesar di Malaysia.

“Untuk mencapai aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara maju dalam tempoh lima ke lapan tahun yang akan datang, keperluan bekalan tenaga elektrik yang stabil dan konsisten memainkan peranan yang penting dalam proses pembangunan, pertumbuhan, perindustrian dan perbandaran,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut menggalakkan agensi kerajaan untuk memperkasakan kerjasama strategik dengan syarikat swasta yang berpotensi bagi mengukuhkan kemampuan syarikat serta mengembangkan akses kepada kepakaran dan pemindahan teknologi yang dapat memberikan manfaat kepada semua pihak.

Zahid berkata demikian ketika hadir semasa perasmian Logi Janakuasa Biogas 5.5 MW Cenergi FJP, di sini hari ini.

Beliau turut diiringi oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang, Pengerusi FELCRA Berhad Datuk Ahmad Jazlan Yaakop, Pengerusi FELCRA Jayaputra Datuk Mohd Nizar Zakaria dan Pengerusi Cenergi SEA Berhad Datuk Mohd Izani Ghani.

-ZS-

Tinggalkan komen anda