Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Insentif Khemah Untuk Usahawan Mikro Batu Pahat

By 30 Mei 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mazlin Basir (Batu Pahat)/Pejabat Daerah Batu Pahat

BATU PAHAT, 30 Mei (Malaysiaaktif) – Usahawan mikro adalah perusahaan atau perniagaan yang mempunyai jualan tahunan yang kurang daripada 300 ribu atau mempunyai bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada lima orang.

Penyerahan cek cura Geran Usahawan Maju Johor Daerah Batu Pahat kepada wakil rasmi Pegawai Daerah Batu Pahat bernilai RM170,554.50

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat Ezahar Abu Sairin, berkata melalui Insentif Khemah kepada Usahawan Mikro, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sejumlah RM1 juta pada tahun 2024 memanfaatkan 2 ribu penerima khemah berstatus usahawan mikro.

“Bagi usahawan di kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat sebanyak 125 khemah akan diagihkan secara berperingkat kepada usahawan mikro yang tersenarai oleh Perbadanan Usahawan Johor Berhad (PUJB).

“Geran Usahawan Maju Johor atau GUMJ 2024 juga disediakan bagi membantu penyediaan peralatan dan pengembangan premis perniagaan yang memberi manfaat kepada usahawan sedia ada,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Insentif Khemah Usahawan Mikro Daerah Batu Pahat di Dewan Jubli Intan Batu Pahat, di sini, semalam.

Ezahar berkata, geran ini diberikan kepada usahawan mikro yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak PUJB.

Usahawan Mikro Batu Pahat gembira menerima khemah yang diserahkan menerusi Insentif Khemah Kepada Usahawan Mikro

“Cuma satu tambahan yang mungkin boleh dipertimbangkan oleh pihak PUJB supaya setiap penerima geran mendaftar Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Medan, Datuk Zulkurnain Kamisan dan Ketua Jabatan Infra dan Aset (Kluang) PUJB, Sharifah Faizleen Syed Yahya.

-AA-

Tinggalkan komen anda