
Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/Penghulu Mukim Pulau Manis
PEKAN, 17 Mei (Malaysiaaktif) – Jabatan Bantuan Guaman Negeri Pahang telah mengambil inisiatif untuk turun padang bertemu komuniti kampung di Mukim Pulau Manis, di sini semalam.

Sesi perbincangan dan libat urus antara Jabatan Bantuan Guaman dengan kepimpinan Mukim Pulau Manis.
Pertemuan dengan Penghulu dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JKPP) Mukim Pulau Manis di Rumah Rakit Maraie bertujuan untuk membincangkan kolaborasi menggerakkan Program Klinik Bergerak (JOW) yang akan diadakan pada Ogos nanti.
“Program sebegini adalah satu inisiatif yang baik dan menguntungkan rakyat kerana masyarakat kampung akan dapat mengetahui hak mereka dalam perundangan negara,” kata Penghulu Mukim Pulau Manis Shahrul Azwan Mohd Saferi yang juga merupakan Pengerusi Komuniti MADANI Pulau Manis.

Penyampaian cenderahati dari Jabatan Bantuan Guaman kepada Penghulu Mukim Pulau Manis.
Shahrul juga berharap agar program JOW yang bakal diadakan menjadi suatu wadah dalam penyampaian maklumat yang berkesan berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Bantuan Guaman kepada masyarakat komuniti di bawah jagaannya.
-ZS-