Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanSabah

JENDELA: 500 penduduk Kampung Mangga Nikmati Jaringan Internet Lebih Baik

By 18 Mei 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip/Mohd Maqdi Salleh (Sabah)

TAWAU, 18 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 500 penduduk Kampung Mangga, di sini dan kawasan sekitar kini menikmati capaian Internet yang lebih baik susulan beroperasinya menara komunikasi di bawah projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1 sejak pertengahan Mac lalu.

Pembinaan menara telekomunikasi ini memberi kemudahan kepada penduduk setempat untuk mengakses perkhidmatan dalam talian kerajaan dan swasta serta bergiat aktif dalam perniagaan dalam talian (e-dagang).

Fahmi diberikan taklimat ringkas oleh Pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan MultiMedia Malaysia.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, berkata kerjasama Kerajaan Negeri Sabah melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KTSI) dalam memudah cara pelaksanaan projek telah banyak membantu dalam menjayakan projek-projek JENDELA di Sabah.

Tambahnya, capaian Internet di Parlimen Tawau juga telah mencapai 98.05 peratus berbanding 81.82 peratus setakat suku pertama 2024 lalu dengan 19 daripada 22 buah menara baharu telah disiapkan di kawasan tersebut.

“Sebanyak 647 menara baharu telah dirancang manakala 4,486 stesen pemancar sedia ada telah dinaik taraf dan 303,569 premis akan dilengkapi dengan sambungan gentian optik.

ahmi (empat dari kanan) bersama dif jemputan ketika perasmian menara komunikasi.

“Perkhidmatan jalur lebar melalui satelit Broadband Wireless Access (BWA) akan disediakan di 138 lokasi di kawasan pedalaman,” katanya semasa mengadakan tinjauan pengoperasian menara telekomunikasi di Kampung Mangga Tawau di sini hari ini.

Untuk rekod, sebanyak 259 stesen pemancar telah siap dinaik taraf sepenuhnya manakala sebanyak 18,231 premis dilengkapi dengan sambungan gentian optik selain satu lokasi Jalur Lebar Satelit diwujudkan di bawah projek JENDELA Tawau.

Turut hadir Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.68 Apas, Kolonel Kehormat (PA) Datuk Nizam DSP Abu Bakar Titingan, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa serta Ketua Pegawai Pembangunan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Ir. Azizi A Hadi.

Tinggalkan komen anda