
Laporan/foto: Amat Satem Timun/JKR (Kuala Langat)
BANTING, 29 Mei (MalaysiaAktif) – Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Langat memaklumkan akan melaksanakan laluan kontra di Jalan Klang-Banting dari Seksyen 419.00 hingga 420.00 pada 29 Mei (Rabu) hingga 6 Jun (Khamis) bermula jam 10 malam hingga 6 pagi.
Menerusi notis yang dikeluarkan semalam, JKR Kuala Langat menjelaskan pelaksanaan tersebut untuk kerja-kerja baik pulih jambatan.

Laluan alternatif yang boleh digunakan oleh pengguna dari Jalan Manggis dan Jalan Medan, Kuala Langat
Penutupan jalan ini akan mengakibatkan gangguan lalu lintas kepada pengguna jalan raya pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
Semua pengguna diharap sentiasa mematuhi tanda arah dan papan tanda keselamatan yang disediakan.
JKR turut menasihatkan pengguna jalan raya merancang perjalanan mereka untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
-AA-