Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

JPKK Parlimen Jelebu Disaran Ambil Peluang Inisiatif SejaTi MADANI

By 25 Mei 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman (Jelebu)

JELEBU, 25 Mei (Malaysiaaktif) – Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Parlimen Jelebu disaran mengambil peluang inisiatif SejaTi MADANI yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (2024) di Dewan Rakyat pada 13 Oktober lalu.

Menurut Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kanan Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias,  program SejaTi MADANI ini merupakan inisiatif baharu Kerajaan Madani yang bertujuan untuk merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti dengan pemberian dana sehingga RM100 ribu.

Jalaluddin ketika berucap.

“Saya menyarankan agar JPKK di bawah Parlimen Jelebu ini untuk mengambil peluang yang disediakan oleh Kerajaan Madani ini.

“Lulus atau tidak permohonan itu tidak penting apa yang penting kita merebut peluang bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Madani ini untuk memajukan ekonomi di komuniti kita,” katanya ketika ucapan perasmian.

Pengerusi JPKK Kampung Lakai Shahir Mohd Dhom ketika ditemui, berkata taklimat seperti ini membantu memberi penjelasan tentang inisiatif SejaTi MADANi.

Mahila Sofina ketika menyampaikan taklimat dan sesi dialog.

“Ramai pengerusi JPKK seperti kami yang kurang tahu tentang bagaimana pelaksanaan serta proses permohonanya,” katanya.

Seramai 80 orang pengerusi dan setiausaha JPKK di Parlimen Jelebu hadir mendengar taklimat dan sesi dialog tentang program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi MADANI) di bawah kelolaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Jelebu, di sini semalam.

Taklimat dan sesi dialog ini telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri Mahila Sofina Mahmood.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Ir. Bakri Sawir Adun Klawang dan ADUN Sungai Lui Datuk Mohd Razi Mohd Ali.

-ZS-

Tinggalkan komen anda