Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanSabah

Kampung Pituru Laut Pilihan Kampung Angkat MADANI

By 13 Mei 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rosnaniwati Rasidi (Sabah)

KOTA BELUD, 13 Mei (Malaysiaktif) – Lokasi kampung nelayan yang mendamaikan di Kampung Pituru Laut telah menjadi pilihan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk dimajukan sebagai lokasi Kampung Angkat MADANI.

Antara keindahan di Kampung Peturu Laut yang bakal menyambut pelancong yang ingin menikmati kedamaian di sini.

Menurut Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) JPM Datuk Abdul Halim Hamzah, terdapat lima projek bakal dilaksanakan di kampung berkenaan dengan peruntukkan berjumlah RM2.5 juta.

“Lima projek akan dijalankan di kampung ini iaitu menaik taraf jalan raya dan infrastruktur kampung, pembaikan surau, pembinaan tebatan ombak, pembinaan dewan kampung serta menaik taraf jeti kampung.

“Sebanyak RM2.5 juta bakal diperuntukkan untuk pembangunan projek di sini dan akan dilaksanakan bermula 15 Mei 2024 ini,” ujarnya semasa berucap pada Majlis Tautan Kasih Kampung Angkat MADANI, di sini pada Sabtu.

Antara penduduk tempatan yang hadir dalam majlis tersebut.

Tambah beliau lagi, selain melengkapkan kemudahan asas infrastruktur, penambahbaikan talian telekomunikasi dan Internet juga akan diberi perhatian bagi mengurangkan jurang antara desa dan bandar.

Dalam majlis yang sama, beliau berkesempatan untuk menyampaikan bantuan bakul makanan kepada penduduk kampung sekali gus mengadakan sesi lawatan tapak dan meninjau kawasan projek kampung oleh pihak JPM.

Tinjauan tersebut turut disertai bersama Pegawai Daerah Kota Belud Bakri Nanun dan wakil dari Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah serta Pejabat Pembangunan Negeri Sabah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda