Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Kesejahteraan Emosi Ibu Sangat Penting Memperkukuhkan Institusi Keluarga

By 19 Mei 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mazlin Basir/Nurul Ain Johari (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 19 Mei (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Ibu merupakan platform yang penting untuk menghargai kepentingan ibu sebagai pendokong utama kesejahteraan keluarga.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dr. Noraini Ahmad, berkata tema “Terima KASIH Ibu” sememangnya sangat sinonim dengan konsep menghargai seorang insan yang bergelar ibu dan bertepatan dengan peranan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Dr. Noraini menerima sejambak bunga sempena Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Johor 2024.

“Kesejahteraan emosi dan mental golongan ibu sangat penting untuk memperkukuhkan lagi institusi keluarga selari dengan hasrat Malaysia MADANI untuk mencapai kesejahteraan rakyat serta keterangkuman sosial.

“Saya juga berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor di atas peruntukan sebanyak RM120,000 bagi membiayai fi pendaftaran dan pemeriksaan klinikal payudara kepada 8,000 orang wanita yang layak di negeri ini,”katanya ketika ditemui majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Johor 2024 di di Dewan Seri Mahkota, Maktab Rendah Sains MARA, di sini hari ini.

Penyampaian set bersalin MamaCare kepada ibu-ibu mengandung dalam kawasan Parlimen Parit Sulong.

Pelbagai aktiviti turut diadakan seperti pertandingan kolaj kanak-kanak, pertandingan masakan, saringan kesihatan, saringan HPV DNA, pendaftaran mamogram dan pameran agensi kerajaan.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Khairin Nisa Ismail dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Dr. Mohd Azizuddin Mohd Yussof.

-ZS-

Tinggalkan komen anda