Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Komuniti MADANI Jalan Maharajalela, JaPen, PPD Hilir Perak Fokus Kemenjadian Murid

By 22 Mei 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid (Hilir Perak)/Mohammad Ezwandi

TELUK INTAN, 22 Mei (Malaysiaakif) – Seramai 60 pemimpin pelajar dari 15 buah sekolah menengah di daerah ini hadir bagi menjayakan Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Sepakat yang berlangsung di sini kelmarin.

Sesi menandatangani Sijil Kolaboratif Strategik turut dilaksana bagi meneruskan usaha memperkasa kemenjadian murid.

Program yang dilaksanakan hasil usaha kolaboratif tiga dimensi antara Komuniti MADANI Jalan Maharajalela, Pejabat Penerangan (JaPen) Daerah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) itu menjadi langkah permulaan kepada pelbagai usaha berterusan dalam memberi fokus bagi memperkasa dan meningkatkan kemenjadian murid.

Antara pemimpin pelajar yang hadir.

Pengarah JaPen Perak Yosri Abu Mahsin dalam ucapannya, berkata penubuhan Komuniti MADANI sebagai rakan strategik JaPen merupakan suatu pendekatan baharu di bawah kepimpinan kerajaan yang baharu.

“Tujuan utama Komuniti MADANI ditubuhkan adalah untuk mewujudkan perpaduan yang utuh dan unggul dalam kalangan ahli komuniti.

“Usaha sama antara jabatan yang ditunjukkan ini merupakan satu usaha yang begitu besar dan jauh pandangannya bagi menzahirkan kepimpinan negara pada masa hadapan,” ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Haji Shamsuddin Tajul Urus, berkata beliau bersyukur dan berharap agar matlamat dan objektif program akan tercapai dan kerjasama bersepadu antara tiga entiti ini dapat diteruskan bagi membangunkan kemenjadian murid khususnya di daerah Hilir Perak.

“Kerjasama ini selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang menjelaskan aspirasi murid menjadi titik utama dalam merancang dan melaksana pelan pendidikan yang bersifat holistik,” katanya.

Pengerusi Komuniti MADANI Jalan Maharajalela Profesor Ir. Dr. Shuib Sahudin pula amat berterima kasih kepada kedua-dua jabatan yang memberi sokongan penuh terhadap penganjuran program tersebut.

“Walaupun persediaan program hanya dibuat dalam masa singkat, JaPen dan PPD banyak membantu dalam merealisasikan sesi ceramah motivasi dan kepimpinan murid bertajuk ‘Great Leader, Great Malaysia: Jati Diri dan Kenegaraan’ ini,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda