
Laporan/foto: Syahirah Hashim/Marina Hila Idris (Petaling)
SHAH ALAM, 23 Mei (Malaysiaaktif) – Konsep Malaysia Madani mempunyai enam teras iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan amat penting dalam mengekalkan dan mencapai perpaduan negara.

Azli (tengah) ketika menyampaikan hadiah sukaneka kategori kanak-kanak bersama Danial (kanan).
“Kerajaan Malaysia membawa konsep Malaysia Madani iaitu satu tamadun baharu yang sesuai dengan perkembangan semasa bagi memajukan negara dan masyarakat perlu tahu dan menghayati konsep MADANI bagi mengekalkan perpaduan negara”, katanya.
Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusoff bekata demikian semasa berucap merasmikan Program JIWA Komuniti Madani di Komuniti Madani Taman Subang Mas, di sini semalam.
Dalam program tersebut, Ahli Dewan Negeri Batu Tiga Danial Al- Rashid turut mengalu-alukan kehadiran penduduk yang memerlukan bantuan untuk hadir ke pejabat beliau pada waktu bekerja jika terdapat sebarang permasalahan di kawasan setempat.

Antara penduduk Taman Subang Mas yang hadir Program Jiwa Madani.
Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Petaling Ruddyansjah Mahtar Hams dan Ahli Majlis Zon Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Sri Devi Chelliah.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah sukaneka komuniti, sembang santai serta ramah mesra bersama Komuniti Madani Taman Subang Mas.
-ZS-