Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Lawatan Mahasiswa Universitas Sjakhyakirti Palembang, Indonesia ke BDK

By 31 Mei 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rose Ryqal/MBDK (Klang)

KLANG, 31 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 65 delegasi mahasiswa dan pensyarah Universitas Sjakhyakirti, Palembang, Indonesia telah mengadakan lawatan ke Bandaraya Diraja Klang (BDK) di sini, hari ini.

Bergambar kenangan di Laman Seni Safari

“Saya mengalu-alukan kehadiran mahasiswa dan pensyarah dari Universitas Sjakhyakirti, Palembang, Indonesia ke Klang dan kami amat berbesar hati menjadi contoh standard kualiti kepimpinan dan kejayaan pembangunan Klang kepada mahasiswa yang hadir,” kata Datin Paduka TPr Noraini Roslan, Datuk Bandar Klang.

Menurut Direktor Universitas Sjakhyakirti, Profesor Dr. H.M. Edwar Juliartha, M.M, 55, lawatan ini bertujuan menjalinkan ikatan silaturahim antara dua negara di samping memberi pendedahan kepada aktiviti kuliah bagi meningkatkan kualiti lulusan universiti.

Mahasiswa Sjakhyakirti tertarik untuk bergambar di Pagar Makam Diraja

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada sekretariat Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) yang berjaya menganjurkan program ini walaupun dimaklumkan di saat akhir,” katanya.

Antara tempat lawatan menarik yang dibawa adalah Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, Taman Laman Seni Safari, Makam Diraja dan sekitar Klang.

-AA-

Tinggalkan komen anda