Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Memadanikan Perpustakaan, Melestarikan Perpaduan

By 31 Mei 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto:Hamidah Md Drus (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 31 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai lebih 100 orang menghadiri program Memadanikan Perpustakaan, Melestarikan Perpaduan yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS), di sini semalam.

Kehadiran orang ramai di Program Memadanikan Perpustakaan, Melestarikan Perpaduan

Program ini bertujuan mengajak rakyat mempertingkatkan kesedaran tentang kepentingan budaya membaca dan memanfaatkan perpustakaan selaras dengan nilai teras Malaysia MADANI, iaitu kesejahteraan yang kini telah pun diterapkan dalam semua perkara.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Pilah Noor Zunita Begum Ibrahim, program ini memainkan peranan yang besar dalam usaha membentuk masyarakat yang berilmu pengetahuan seiring memanfaatkan kemudahan perpustakaan yang disediakan oleh pihak Kerajaan dan jadikan perpustakaan sebagai rumah kedua seperti konsep yang telah diterapkan oleh PPANS sejak dahulu lagi,” ujarnya ketika berucap merasmikan program.

Teo Lee Chin bersama keluarganya mencuba permainan interaktif berkenaan Malaysia Madani yang disediakan oleh Pejabat Penerangan Daerah Kuala Pilah

Sementara itu, seorang pengunjung, Teo Lee Chin, 46, memberitahu sempena cuti sekolah yang sedang berlangsung ini, beliau membawa anak-anaknya untuk turut serta dalam aktiviti yang diadakan. Disamping dapat meluangkan masa bersama beliau juga dapat menerap kecintaan anak-anak terhadap buku dan ilmu.

‘’Antara aktiviti yang sempat kami sertai ialah pertandingan e-sport, pertandingan mewarna keluarga dan kuiz interaktif dari Jabatan Penerangan,’’ katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda