Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

MetMalaysia Berjaya Melaksanakan Pengujian SAATNM di Kuala Perlis dan Sungai Baharu

By 16 Mei 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 16 Mei (Malaysiaaktif) – Pengujian Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia Nasional Malaysia (SAATNM) telah berjaya dilaksanakan oleh Pejabat Meteorologi Perlis Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di hadapan Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis, dekat sini pagi tadi.

Menurut pengarahnya Mohd Saharudi Saad, dua siren tsunami di dua lokasi berbeza di Perlis terletak di Kuala Perlis dan juga di Sungai Baharu.

Empat hon ini mampu mengjangkau bunyi siren sejauh 4 kilometer.

“Pada hari ini pengujian ini telah berjaya melengkapkan ujian siren bagi kali kedua tahun ini dan akan dilakukan pengujian lagi selepas enam bulan.

“Sesi pengujian di Perlis bagi 2024 setakat hari ini, telah dilaksanakan sebanyak dua kali iaitu di lokasi Sungai Baharu pada Februari lalu dan pada hari ini berhadapan Hotel Putra,” katanya ketika ditemui di pagi ini.

Katanya, sistem tersebut telah berjaya diuji dan dilaksanakan pengujian keberkesanannya dari segi bunyi dan mesej suara sistem siren.

Ujarnya lagi, dua sistem siren tsunami ini akan mengukuhkan lagi SAATNM di Perlis kerana Kuala Perlis terletak berhampiran kawasan pesisir pantai yang terdedah kepada ancaman tsunami yang berdekatan negara Thailand atau sekitarnya.

“Sebagai contoh, sekiranya ada gempa di dasar laut sistem siren tsunami akan mengeluarkan amaran.

Pemeriksaan sebelum pengujian SAATNM dilaksanakan oleh anggota Pejabat Meteorologi Perlis.

“Sekiranya ada gempa dan tsunami yang datang akan mengambil masa lima jam untuk sampai ke persisiran pantai ini, siren akan mengeluarkan amaran dan penduduk di sekitar mempunyai tempoh masa lebih kurang lima jam untuk dipindahkan ke tempat yang selamat,” katanya.

Terdahulu, satu taklimat ringkas pengujian telah diadakan menerusi proses pengujian bunyi dan mesej bersuara yang menggunakan peti suara besar.

Ini diikuti pengujian siren bunyi secara manual serta pengujian siren bunyi dan mesej bersuara secara automatik melalui server yang dilakukan membabitkan empat ujian iaitu Ujian 1: Percubaan, Ujian 2: Waspada Tsunami – Jauhi daripada pantai dan muara sungai, Ujian 3: Amaran Tsunami – Pindah ke tempat selamat dengan serta-merta dan Ujian 4: Amaran Tsunami ditamatkan, Tiada lagi ancaman Tsunami.

Pengujian SAATNM baharu ditamatkan sebaik sahaja selepas keempat-empat pengujian itu selesai.

Hadir sama pegawai dari Balai Polis Kuala Perlis, wakil Majlis Keselamatan Negara Negeri Perlis dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (Kuala Perlis) sebagai pemerhati.

-ZS-

Tinggalkan komen anda