Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

MTHQK 2024 Melabuhkan Tirai

By 29 Mei 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Radiah Rahim/Zayana Isa (Pahang)

KUANTAN, 29 Mei (Malaysiaaktif) – Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi yang bermula pada 23 Mei lalu di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, di sini telah melabuhkan tirainya malam tadi.

Seramai 110 orang peserta dari seluruh negara telah menyertai tilawah ini iaitu 29 orang peserta tilawah yang terdiri daripada 14 qari dan qariah serta seorang johan menunggu qariah, manakala 81 orang merupakan peserta hafazan.

Dua bersaudara ini mengambil peluang menyaksikan tilawah dengan lebih dekat.

Seorang penonton Tajul Ariff Tajul Arus, 44, dari Sepang datang bersama anak-anaknya untuk menyaksikan program tilawah ini, di samping isterinya Ustazah Yuhaniz Mohd Yusop yang bertugas di Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) Putrajaya telah dipilih sebagai pembaca ibrah dalam majlis tilawah tersebut.

“Saya datang dari jauh untuk memberikan sokongan moral kepada isteri dan juga ingin menerapkan semangat cintakan al-Quran kepada semua anak-anak dari kecil hingga dewasa,” ujarnya.

Tema MTHQK 2024 pada tahun ini adalah ‘Al-Quran Dihayati, Negara Diberkati’ amat bertepatan dengan keadaan yang berlaku di dunia sekarang kerana al-Quran telah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk diwarisi generasi akan datang.

Tajul dan anak-anak datang ke Kuantan untuk memberikan sokongan kepada isteri yang bertugas menyampaikan ibrah.

Dua orang lagi penonton yang ditemui Muhammad Akmal Mohd Ghazali, 20, dan sepupunya Uwaimir Rizqullah Johafizi, 19, dari Kampung Bukit Rangin, di sini berkata mereka pertama kali menyaksikan tilawah al-Quran ini.

“Disebabkan ia dianjurkan di Pahang, jadi kami mengambil peluang datang menonton dengan lebih dekat.

“al-Quran perlu selalu diamalkan dan didengari barulah akan tersemat di hati dan mudah dihayati,” kata Muhammad Akmal.

-ZS-

Tinggalkan komen anda