Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pasangan Kembar Menang di Pentas Tilawah

By 29 Mei 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa/Sh. Nurrul (Pahang)

KUANTAN, 29 Mei (Malaysiaaktif) – Johan menunggu Nor Hidayah Abdul Rahman, 33, dari Terengganu dinobatkan sekali lagi sebagai Johan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran dah Hafazan Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1445H/2024 Masihi.

Menariknya, pasangan kembar beliau Nor Jannah Abdul Rahman turut memenangi tempat ketiga bagi acara tersebut.

Tengku Mahkota Pahang berkenan mengurniakan hadiah kepada para pemenang.

 

Nor Hidayah ketika ditemui, berkata untuk mengekalkan kejuaraan ini agak sukar dan beliau akui berasa tertekan.

“Bukan mudah untuk kekalkan kejuaraan, namun selepas diumumkan sebagai pemenang saya rasa bersyukur,” ujarnya.

Nor Jannah pula, berkata kejayaan kali ini adalah satu sejarah kerana beliau dan kakaknya berjaya mengukir kejayaan di atas pentas yang sama.

“Sebelum ini saya dan kakak dinobatkan sebagai johan dan naib johan di peringkat negeri, dan kali ini kami berjaya di peringkat kebangsaan pula.

Negeri Sembilan muncul sebagai johan keseluruhan MTHQK 2024.

Sementara itu, qari dari Negeri Sembilan Mohamad Husaini Mahmur, 31, dinobatkan sebagai juara di MTHQK kali ini.

“Alhamdulillah, berkat sokongan keluarga dan orang ramai, saya muncul johan pada kali ini,” ujarnya yang pernah menyertai dan memenangi tempat ketiga dalam pertandingan tilawah sebelum ini.

MTHQK yang berakhir malam tadi telah disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda