
Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)
JOHOR BAHRU, 30 Mei (MalaysiaAktif) — Sebanyak 313 usahawan dan peniaga Bazar Karat Johor Bahru menerima khemah baru menerusi inisiatif Usahawan Mikro Johor 2024.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata peruntukan sebanyak RM8.8 juta disediakan oleh Kerajaan Johor menerusi Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) untuk membantu usahawan dan peniaga di negeri ini.

Penyerahan geran pembiayaan BRJohorNiaga daripada Bank Rakyat
“Bazar Karat Johor Bahru juga diberikan diperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi menaik taraf keceriaan di kawasan ini dan bagi memastikan Bazar Karat menjadi salah satu tarikan pelancong dari dalam dan luar negara untuk ke daerah Johor Bahru sempena Tahun Melawat Johor 2026.
“Semoga segala usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Johor dapat memastikan kebajikan usahawan dan peniaga di Johor terjamin dan memberi limpahan manfaat kepada seluruh bangsa Johor,” katanya ketika berucap di Majlis Penyerahan Khemah dan Jajahan Rakyat 2024 dan Hari Bertemu Pelanggan PUJB, di sini, semalam.

Suasan tapak perniagaan di Bazar Karat Johor Bahru setelah menerima bantuan khemah baru menerusi Insentif Khemah Untuk Usahawan Mikro PUJB
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Mohd Hairi Mad Shah, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Datuk Noorazam Osman, Pegawai Daerah Johor Bahru, Muzaldin Mohamed dan Pengerusi Persatuan Pembangunan dan Kebajikan Bazar Karat Johor Bahru Fuad Rahmat.
-ZS-