Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Pertandingan Memasak dapat Sambutan Generasi Muda

By 16 Mei 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Firdaus Abd Aziz

GUA MUSANG, 16 Mei (Malaysiaaktif) – Pertandingan Memasak sempena Program Jiwa Komuniti Madani anjuran Pejabat Penerangan Daerah, Komuniti Madani Chiku dan Felda Chiku 7 telah mendapat sambutan daripada wanita terutama generasi muda.

Seramai 50 orang peserta dari pelbagai peringkat umur telah menyertai pertandingan memasak yang berasaskan ikan siakap dan sardin manakala pemilihan masakan adalah bebas mengikut keselesaan dan resepi masing-masing.

Peserta menyiapkan masakan yang dipertandingkan.

Pengurus Felda Chiku 7 Mohd Qasidinoor Asri, 39, berkata setiap jalan di Felda Chiku 7 dikehendaki menghantar wakil peserta dalam pertandingan memasak.

“Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk mengeratkan hubungan ukhwah silaturahim antara sesama komuniti agar kekal makmur sepanjang masa serta menjadi pelapis kepada generasi yang akan datang.

Norfarawaheeda (empat dari kiri) berkata beliau menyertai pertandingan memasak atas sokongan daripada keluarga.

“Ribuan terima kasih kepada peserta dan Pejabat Penerangan Daerah Gua Musang dan Komuniti Madani kerana telah memilih kawasan Felda khususnya Felda Chiku 7 Gua Musang,” katanya.

Johan pertandingan dari Jalan Maju Norfarawaheeda Mohd Daud, 37, berkata ini adalah kali pertama beliau menyertai pertandingan memasak atas sokongan daripada keluarga.

“Saya tidak sangka pula kami boleh menang pada hari ini dengan menu sihat dan hanya menggunakn teknik rebus dan bakar,” katanya.

Turut meraih kemenangan tempat kedua dari Jalan Ceria dan tempat ketiga dari Jalan sejahtera.

-ZS-

Tinggalkan komen anda