
Laporan/foto: Nurul Aqilah Ahmad/Politeknik Kota Kinabalu (Sabah)
KOTA KINABALU, 18 Mei (Malaysiaktif) – Seramai 450 pelajar Politeknik Kota Kinabalu (PKK) yang menyertai PKK BIZ@ Akademia berjaya mencatatkan jualan melebihi RM20,000.
Program yang dianjurkan oleh Unit Keusahawanan PKK ini diadakan selama sehari melibatkan pelajar merentasi pelbagai program akademik di PKK yang mengambil Kursus Keusahawanan selain turut mendapat sokongan teknikal daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Sabah.

Nadzrin (kanan) dan Joshua (kiri). mengambil gambar kenangan di tapak jualan.
Menurut Penyelaras Kursus Keusahawanan PKK, Nadzrin Azri Nor Azmi, program ini diharapkan dapat membantu pelajar untuk membina minda yang berfikiran kreatif, kritis dan professional dalam meneroka bidang keusahawanan global.
“Melalui penyertaan pelajar, ianya diharapkan dapat menerapkan minat untuk menjadikan keusahawanan sebagai pilihan kerjaya utama selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi melalui Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Sekitar suasana di tapak jualan program PKK BIZ@ Akademia.
“Subjek keusahawanan ini membantu para pelajar yang mendalami bidang Pendidikan dan Latihan dan Vokasinal (TVET) dapat didedahkan dengan pengetahuan luas untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya sebagai nilai tambah mereka,” katanya ketika ditemui pada program PKK BIZ@Akademia, di sini pada Khamis.
Sementara itu, salah seorang pelajar PKK Joshua Peter, berkata program berkenaan mendedahkan pelajar mengenai pengurusan berkesan terutama dalam dunia keusahawanan.
“Program ini turut berperanan mengasah bakat kepimpinan dalam diri pelajar melalui aktiviti keusahawanan sementara subjek keusahawanan membantu kami dalam membina keyakinan diri, mengasah kemahiran komunikasi dan nilai etika dalam keusahawanan itu sendiri,” ujarnya.
-ZS-