Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Produk IKS, Keropok Lekor Lekir Bantu Ekonomi Setempat

By 31 Mei 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Habibah Hassan/Muhammad Irsyad (Manjung)

LEKIR, 31 Mei (Malaysiaaktif) – Negeri Terengganu sememangnya terkenal dengan keenakan keropok lekor, namun siapa sangka di Manjung juga terdapat pengusaha tempatan yang mengusahakan perniagaan produk ini.

Pengusaha keropok lekor, Yah Mahmud

Bermula tahun 1996, Yah Mahmud, 59, mendapat idea untuk membuat keropok lekor apabila arwah suaminya yang bekerja sebagai nelayan kerap membawa pulang hasil laut ke rumah.

“Saya menggunakan peluang itu untuk membuat keropok lekor bagi mendapatkan pendapatan sampingan sekali gus membantu suami.

“Saya menerima bantuan termasuk peralatan dan bengkel pemprosesan, pelekat produk dan peti sejuk beku daripada pelbagai agensi kerajaan seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Yah, dia amat berharap lebih banyak bantuan dapat disalurkan kepada peniaga Industri Kecil Sederhana (IKS) bagi memastikan produk tempatan kekal di pasaran.

Keropok lekor sejuk beku yang dijual di premisnya

“Pastinya besar juga harapan saya agar perniagaan ini akan lebih maju pada masa hadapan sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan terutama kaum wanita,” ujarnya yang kini berjaya memiliki dua premis perniagaan yang terletak di Pasar Tani Kekal (PTK Manjung), Seri Manjung dan Batu 8, Lekir.

Selain keropok lekor, produk lain yang dihasilkan adalah sata popia dan sos pencicah.

-AA-

Tinggalkan komen anda