
Laporan/ foto: Mahyuddin Abd Rani/ Mohd Shahrizan Shahabudin (Seberang Perai Selatan)
SUNGAI BAKAP, 22 Mei (Malaysiaaktif) – Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Komuniti Madani yang berlangsung di Dewan PERDA Sungai Duri dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada orang ramai yang hadir.

Ucapan perasmian Mutaqeen Mustafa Pegawai Penyelaras DUN Sungai Bakap
Menurut Pengerusi Komuniti Madani Sungai Duri, Zulkifli Mohamad, tujuan utama program ini diadakan adalah untuk menyebar luas maklumat berkenaan dasar, usaha dan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk kesejahteraan masyarakat.
“Acara-acara seperti zumba, pertandingan gubahan, pemeriksaan kesihatan secara percuma serta pertandingan mewarna memeriahkan lagi suasana program.
“Di samping itu taklimat daripada pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengenai penstrukturan semula akaun ahli mendapat sambutan luar biasa,” katanya.
Orang ramai yang hadir mengambil peluang menggunakan perkhidmatan kaunter KWSP yang disediakan untuk pertanyaan.

Kaunter dan pameran jabatan dan agensi kerajaan
Program turut dimeriahkan dengan aktiviti cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik disediakan kepada orang ramai yang hadir.
Turut hadir Pegawai Penyelaras DUN Sungai Bakap, Mutaqeen Mustafa.
-AA-