Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Reruai Kolej Komuniti Kuantan Jadi Tumpuan

By 25 Mei 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa/Kolej Komuniti Kuantan (Pahang)

KUANTAN, 25 Mei (Malaysiaaktif) – Reruai Kolej Komuniti Kuantan di Moh Karnival Makmur Daerah Kuantan menjadi tumpuan pengunjung yang hadir ke karnival itu yang bermula semalam.

Reruai Kolej Komuniti Kuantan menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Kolej Komuniti Kuantan Mohammad Shazli Sufi Che Unik sambutan pengunjung pada hari pertama agak baik dan rata-rata pengunjung reruai teruja dengan persembahan daripada Program Sijil Kulinari Kolej Komuniti Kuantan.

“Orang ramai terutama pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan didedahkan dengan informasi seperti program-program yang ditawarkan Kolej Komuniti Kuantan.

Demonstrasi daripada Program Sijil Kulinari.

“Berbaki dua hari lagi karnival ini saya ingin menjemput orang ramai untuk datang ke reruai kami dan dapatkan maklumat secara terus dan pelbagai aktiviti menarik disediakan,” ujarnya semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda