
Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam/Nurfariza Farnoh (Melaka Tengah)
MELAKA, 26 Mei (Malaysiaaktif) – Fokus utama kepada 10 resolusi yang diterjemahkan serta diputuskan bagi diangkat sebagai tindakan pelaksanaan menjadi titik tolak kepada penganjuran Majlis Konvensyen MADANI 2024 di negeri Melaka.
Majlis yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ini berkonsepkan dialog dan diskusi yang berlangsung selama dua hari bermula pada 24 Mei hingga 25 Mei bagi mengetengahkan peranan dan pandangan pelbagai aspek dibawah kerangka MADANI daripada kelompok sasar.

Antara tetamu jemputan yang hadir.
Menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, resolusi utama termasuk Teknologi dan Media Sosial dalam Membentuk Minda MADANI, Pendidikan dalam Pembinaan Tamadun, Daya Cipta, Inovasi dan Kecerdasan Buatan (AI), Keindahan Islam dalam Pembangunan Malaysia Sejahtera dan sebagainya mempunyai satu hasrat murni iaitu bagi melestarikan negara untuk direaslisasikan kelak.
“Bagi pihak Kerajaan Negeri Melaka amat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran semua yang dapat berhimpun di bumi Melaka bagi mendokong aspirasi gagasan Kerajaan Perpaduan sempena Majlis Konvensyen MADANI 2024,” ujarnya, di sini semalam.
-ZS-