Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Siswa Anak Pahang Teruja Dapat Duit Saku

By 23 Mei 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Radiah Rahim/Sh. Nurrul (Pahang)

KUANTAN, 23 Mei (Malaysiaaktif) – Siswa di negeri ini melahirkan rasa teruja atas keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang melaksanakan inisiatif Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Kluster Siswa yang melibatkan 1,600 penerima.

Jayabharty Morgan, 29, pelajar jurusan Sarjana Sains (Kejuruteraan Mekanikal) Universiti Malaysia Pahang berkata bantuan ini dapat meringankan beban keluarganya.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga dan saya sangat teruja atas bantuan ini,” ujarnya kelmarin.

Bagi Tan Xue Er, 24, pula bantuan ini dapat meringankan beban kos petrol untuk dia berulang-alik dari rumah ke kampus.

Pelajar Tahun Kedua Diploma Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Sultan Ahmad Shah, Nazhan Nadzif Nazmi, 20, pula berkata wang yang diterimanya akan disimpan untuk kegunaan kecemasan.

“Terima kasih banyak-banyak kepada Tok Wan (Menteri Besar Pahang) atas bantuan yang diberikan kepada mahasiswa anak-anak Pahang dan kami sangat bersyukur,” katanya yang berasal dari Temerloh.

BPP adalah salah satu inisiatif Kerajaan Negeri Pahang yang telah diperkenalkan pada tahun 2020 dan diteruskan sehingga kini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda