Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

SMeC 2024 Medan Infomasi Cabaran Baharu Dunia Kewartawanan

By 28 Mei 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lim Poh Choo (Sarawak)

KUCHING, 28 Mei (Malaysiaaktif) – Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2024 boleh dijadikan platform memberi infomasi berguna kepada media tempatan dan antarabangsa akan cabaran baharu dunia kewartawanan.

Presiden Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) Ronnie Teo Teck Wei, berkata para wartawan yang terlibat dengan SMeC 2024 mendapat informasi berguna seperti cabaran Kecerdasan Buatan (AI) terhadap wartawan.

Premier Sarawak menyampaikan ucapan di SMeC 2024.

“Persidangan ini dianjurkan oleh Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dan KDJA dengan kerjasama Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak dan Business Events Sarawak,” katanya semalam.

Dianggarkan lebih 400 pengamal media telah menghadiri SMeC 2024.

Jumlah kehadiran tersebut merupakan jumlah berdasarkan pendaftaran pada hari pertama yang berlangsung di Hotel Riverside di sini.

Ronnie Teo berkata para wartawan mendapat informasi berguna seperti cabaran Kecerdasan Buatan (AI).

Persidangan yang bertemakan ‘Evolusi Media dalam Era Digital’ merupakan salah satu  pengisian Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 yang berlangsung dari 26 hingga 27 Mei 2024.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Premier Sarawak Tan Sri Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

-ZS-

Tinggalkan komen anda