Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

SMK Bandar Baru Serting Catat Peningkatan Gred Mata Pelajaran

By 29 Mei 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Naim/Herna SMKBBS

JEMPOL, 29 Mei (Malaysiaaktif) – Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Serting (SMKBBS) telah mencatatkan peningkatan Gred Mata Pelajaran (GPMP) untuk 13 subjek bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Selain mencatatkan peningkatan, SMKBBS turut mencatat pencapaian 3.99 untuk gred purata sekolah dengan peratus kelayakan menerima sijil sebanyak 97.83 perarus.

“Keputusan ini membanggakan pihak sekolah dan membayar hasil perit jerih guru-guru yang berusaha mendidik,” kata Pengetua Ab Rahop Zakaria.

Pelajar cemerlang semua A, Nur Syahirah (dua dari kiri).

Menurutnya, seorang telah mencatatkan keputusan semua A, seorang mencatat keputusan 8A,  seorang meraih 7A, empat orang mencatat keputusan 6A dan 13 orang mendapat 5A.

“Manakala13 subjek yang meningkat ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Matematik, Sejarah, Sains, Perniagaan, Pertanian, Sains komputer, Kimia, Biologi, Matematik tambahan dan Landskap dan Nurseri,” katanya kelmarin.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Jempol Jelebu Moskaya Kama Mohammed menyatakan rasa gembira kerana daerah Jempol Jelebu mencatat peningkatan dalam semua kategori untuk keputusan SPM 2023.

Poster ucapan tahniah oleh Pegawai Pendidikan Daerah Jempol Jelebu.

“Terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung dalam melonjak prestasi keputusan SPM 2023 ini.

“Majoriti sekolah-sekolah di daerah Jempol Jelebu menunjukkan peningkatan dalam semua aspek,” katanya.

Menurut beliau lagi antara peningkatan yang dicatatkan ialah untuk peratus layak menerima sijil melonjak kepada 2.19 peratus pada tahun 2023 di mana bagi tahun ini peratus layak menerima sijil adalah sebanyak 93.68 peratus berbanding pada tahun 2022 mencatatkan sebanyak 91.49 peratus sahaja.

“Manakala bagi peratusan lulus semua matapelajaran pula dari 58.58 peratus (2022) ke 64.81 peratus (2023) iaitu meningkat sebanyak 6.23 peratus dan Gred Purata Daerah juga mencatatkan peningkatan sebanyak 0.23 di mana pada tahun 2022 yang lalu merekodkan sebanyak 4.79 berbanding tahun ini 2023 mencatatkan sebanyak 4.56,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda