
Laporan/foto: Siti Zuraida (Negeri Sembilan)/Kolej Komuniti Jempol
JEMPOL, 17 Mei (Malaysiaaktif) – Bersempena sambutan Hari Belia Negara yang disambut di seluruh negara, Kolej Komuniti Jempol telah menganjurkan program ‘Hiking in Style’ dengan mendaki Bukit Taisho, Bahau, dekat sini kelmarin.
Menurut pengarahnya Amalulkhair Sarbini, program ini akan diadakan sebagai aktiviti bulanan bagi mengeratkan silaturahim di antara staf dan pelajar.

Warga Kolej Komuniti Jempol di atas puncak Bukit Taisho.
“Program ini diadakan bertujuan untuk melahirkan warga kolej aktif dan sihat dari segi kesihatan mental dan fizikal,” katanya.
Katanya lagi, program ini juga memfokuskan aktiviti-aktiviti santai di mana setiap individu dalam kalangan warga kolej dapat turut serta untuk melaksanakan aktiviti sihat ini.
Program anjuran Kelab Kembara dan Rekreasi dari Unit Sukan Kolej Komuniti Jempol ini melibatkan seramai 60 orang pelajar dan 30 orang kakitangan kolej.

Adib Irfan nengetuai bacaan ikrar belia.
Sementara itu, Adib Irfan Mohd Yusri, 20, yang mengetuai bacaan ikrar di puncak Bukit Taisho, berkata aktiviti sebegini bukan sahaja menjadikan golongan belia aktif dan sihat malah dapat meningkatkan tahap kesedaran dan kepekaan terhadap kepentingan penjagaan kepada alam sekitar.
Turut hadir wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah Shahril Sabri.
-ZS-