
Laporan/foto: Mohd. Nasharuddin Mohd.Shah/Ashikin Mustafa
KOTA TINGGI, 16 Mei (Malaysiaaktif) – Tema Hari Belia Negara 2024 ‘Yakin Boleh’ perlu diterapkan dalam diri setiap belia bagi mencapai kejayaan yang dapat memberi impak positif kepada Negeri Johor demi merealisasikan ‘Maju Johor, Johor Produktif’ menjelang tahun 2030.

Ahmad Nasir bersama barisan tetamu kehormat yang hadir.
“Generasi muda khususnya di daerah Kota Tinggi perlu mengambil kesempatan dan peluang yang berada di depan mata dengan meningkatkan ‘skill set’ (set kemahiran) dan ‘market value’ (nilai pasaran) dalam diri masing-masing.
“Ini kerana Kota Tinggi itu sendiri terdapat banyak peluang yang terbuka luas khasnya di Pengerang yang menempatkan hub minyak dan gas antara yang terbesar di Malaysia,’ katanya.
Pegawai Daerah Kota Tinggi Haji Ahmad Nazir Haji Mohd Nasir, berkata demikian dalam Majlis Perasmian Semarak Hari Belia Negara Peringkat Daerah Kota Tinggi Tahun 2024 di Dewan Felda Bukit Aping Timur, di sini semalam.

Ahmad Nazir melawat reruai pameran.
Pelbagai aktiviti turut diadakan seperti pertandingan azan dan hafazan, pertandingan sukan tradisional dan pameran pendidikan tinggi.
Turut hadir Pegawai Belia dan Sukan Daerah Ruhisyam Ibrahim, Pengerusi Majlis Belia Daerah Khairul Nizam, kepimpinan belia dan ahli gabungan belia setempat.
-ZS-