Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

20 Universiti Terbaik Dunia Menanti Lima Murid Johor Cemerlang SPM 2023

By 23 Jun 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 23 Jun (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Johor akan menawarkan lima orang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini untuk mengikuti pengajian ke 20 buah universiti terbaik di dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor Hishamuddin Abdul Rahim menyerahkan cek cura kepada Pengarah Pendidikan Negeri Johor Mohd Hanafi Samad berjumlah RM100,000 sebagai Anugerah Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri Aznan Tamin, berkata inisiatif yang dikenali sebagai Biasiswa Orang Muda Johor (BOMJ) melalui Yayasan Pelajaran Johor ini bertepatan dengan usaha dan aspirasi kerajaan negeri Johor menjadi sebuah negeri maju menjelang tahun 2030

“Selain itu, Kerajaan Johor juga akan memberi bantuan ‘one-off’ (sekali beri) RM500 seorang kepada semua 22,000 pelajar anak Johor yang akan mendaftar masuk ke institusi pengajian tinggi (IPT) tahun ini bagi membantu kos pendaftaran dan perbelanjaan awal,” katanya ketika merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia Negeri Johor tahun 2023, di sini hari ini.

Pelajar SMK Taman Daya 1, How Xue Qi, 18, merupakan salah seorang penerima Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) yang menerima Anugerah Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun ini.

Aznan juga memaklumkan seramai 133 Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) telah mendapat keputusan cemerlang SPM pada tahun 2023.

“Terdapat lima orang CBPK mendapat keputusan yang cemerlang iaitu 9A seramai dua orang, satu orang mendapat 8A dan 7A seramai dua orang,” katanya.

Turut hadir Pengarah Pendidikan Negeri Johor Mohd Hanafi Samad dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor Hishamuddin Abdul Rahim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda